Google
Web www.dreamer-dad.blogspot.com

Thursday, October 08, 2009

E&O - VA VA VA

Seperti yang dijangkakan pada 2 hari lepas, pergerakan beralih arah bagi E&O sudah dilihat pada hari ini. Semalam, pergerakan sidia bermula ditangga atas namun menurun sedikit. Keadaan tersebut pada hemat aku yang baru berjinak2 dalam dunia pelaburan merupakan saingan psikologi pelabur dalam menjalankan jualan belian bagi menentukan pergerakan harga untuk hari berikutnya. Kelamarin Aras S1 merupakan halangan yang perlu dilepasi oleh anak seladang demi meneruskan dominasi era seladang yang mungkin ia dan mungkin tidak. Bagi sesetengah pelabur, mata akan tertumpu pada aras S1 bagi menentukan waktu berurusan.




Semalam (7hb Oktober 2009), anak Seladang telah pun berjaya menapak keatas anak bukit S1. Dalam hal ini, sekiranya sentimen market di US memberangsangkan, dijangka ramai yang akan berebut2 untuk memberi makan Seladang kecil. Jika momentum dan minat penternak2 (pelabur) baru dalam memberi makan Seladang kecil, maka aras R1 akan menjadi sekatan kedua si Anak untuk terus membesar....

No comments:

Post a Comment