Google
Web www.dreamer-dad.blogspot.com

Monday, October 05, 2009

Stock Watch - E&O

Market hari ini sepeerti yang dijangkakan sememang nya mempunyai julat peruabahan yang begitu ketara, ibarat kata mat saleh Volatile. Pembukaan di awal pagi tampak merah berdarah.. Sentimen market diluarnegara kuat mempengaruhi perjalan si beruang dan Seladang di Malaysia. Apa bila indeks pengguna di Amerika Syarikat tidak menggalakkan, pergerakan market diMalaysia juga bergerak ke sisi atau menjunam rendah. Itu antara yang dapat saya perhatikan sebagai pelabur yang masih muda dalam perlaburan ini.

Mari kita lihat aa yang terjadi kepada saham E&O yang saya ceritakan semalam. Jika saudara memerhatikan berita yang saya sertakan semalam, mungkin anda menyangka kan saham E&O akan mendaki naik. Tidak... ini tidak terjadi, malah pergerakan hari ini mencemaskan dan melahirkan perasaan panik dikalangan pelabur. Kenapa? yang nyatanya bukanlah disebabkan berita tersebut akan tetapi sentimen diluar negara nampak tidak menggalakkan.

Mari lihat Patern Candlestick hari ini:


Hari ini patern berbentuk hammer terbetuk. ekor yang panjang kebawa menunjuk kan kemungkinan berlakunya reversal. Bagi sesetengah org, peluang ini akan diambil terus untuk memulakan trading... Bagaimana dengan saudara :-)

No comments:

Post a Comment