Google
Web www.dreamer-dad.blogspot.com

Saturday, November 06, 2010

STOCK4U - November 8, 2010


Topglov (7113)

Carta di atas menunjukkan kemungkinan pergerakan menaik Topglov untuk beberapa hari akan datang. Selain daripada 3 indikator yg positif, downtrend line juga telah berjaya dilepasi dengan baik. Namun, sebarang cadangan untuk masuk memerlukan kepastian. Anda tentu tidak mahu terperangkap bukan??

Target : RM6.00 (2Minggu)
CutLoss :

Stock4u - November 8, 2010


MAHSING (8583) - 

Di atas saya sertakan carta Mahsing dari sektor Property untuk pemerhatian kita pada minggu hadapan. Berdasarkan carta, kedudukan harga Mah Sing  telah menurun sebanyak kurang lebih 6% berbanding harga asal tertinggi sebelum ini. Harga terkini terletak di sekitar EMA26 manakala RSI ianya terletak dalam kategori Oversold  yang memungkinkan wujudnya daya tarik kepada pelabur2 untuk menyokong pergerakan Mah Sing seterusnya. Saya menjangkakan pergerakan menaik dalam minggu hadapan dan ini dikuatkan lagi bahawa sektor property menjadi perhatian ketika ini.

Target : RM2.00-RM2.40 (dalam masa 2 bulan)
Cut Loss  :

Thursday, October 08, 2009

E&O - VA VA VA

Seperti yang dijangkakan pada 2 hari lepas, pergerakan beralih arah bagi E&O sudah dilihat pada hari ini. Semalam, pergerakan sidia bermula ditangga atas namun menurun sedikit. Keadaan tersebut pada hemat aku yang baru berjinak2 dalam dunia pelaburan merupakan saingan psikologi pelabur dalam menjalankan jualan belian bagi menentukan pergerakan harga untuk hari berikutnya. Kelamarin Aras S1 merupakan halangan yang perlu dilepasi oleh anak seladang demi meneruskan dominasi era seladang yang mungkin ia dan mungkin tidak. Bagi sesetengah pelabur, mata akan tertumpu pada aras S1 bagi menentukan waktu berurusan.




Semalam (7hb Oktober 2009), anak Seladang telah pun berjaya menapak keatas anak bukit S1. Dalam hal ini, sekiranya sentimen market di US memberangsangkan, dijangka ramai yang akan berebut2 untuk memberi makan Seladang kecil. Jika momentum dan minat penternak2 (pelabur) baru dalam memberi makan Seladang kecil, maka aras R1 akan menjadi sekatan kedua si Anak untuk terus membesar....

Monday, October 05, 2009

Stock Watch - E&O

Market hari ini sepeerti yang dijangkakan sememang nya mempunyai julat peruabahan yang begitu ketara, ibarat kata mat saleh Volatile. Pembukaan di awal pagi tampak merah berdarah.. Sentimen market diluarnegara kuat mempengaruhi perjalan si beruang dan Seladang di Malaysia. Apa bila indeks pengguna di Amerika Syarikat tidak menggalakkan, pergerakan market diMalaysia juga bergerak ke sisi atau menjunam rendah. Itu antara yang dapat saya perhatikan sebagai pelabur yang masih muda dalam perlaburan ini.

Mari kita lihat aa yang terjadi kepada saham E&O yang saya ceritakan semalam. Jika saudara memerhatikan berita yang saya sertakan semalam, mungkin anda menyangka kan saham E&O akan mendaki naik. Tidak... ini tidak terjadi, malah pergerakan hari ini mencemaskan dan melahirkan perasaan panik dikalangan pelabur. Kenapa? yang nyatanya bukanlah disebabkan berita tersebut akan tetapi sentimen diluar negara nampak tidak menggalakkan.

Mari lihat Patern Candlestick hari ini:


Hari ini patern berbentuk hammer terbetuk. ekor yang panjang kebawa menunjuk kan kemungkinan berlakunya reversal. Bagi sesetengah org, peluang ini akan diambil terus untuk memulakan trading... Bagaimana dengan saudara :-)